Blogger Widgets Suara Maya: Seperti Katak Bawah Tudung Saji

Wednesday 9 January 2013

Seperti Katak Bawah Tudung Saji

Hehe...mase bila pulak lah menu Cik Maya ni katak yek...aii aii..nanti cikgu BM marah! Sebenarnye 'seperti katak bawah tempurung' ye kawan2. :)

Kenapa? Haa..ni nk mengutuk diri sendiri lah ni. Nak kutuk2 orang nanti, kena sembur balik. Semalam Cik Maya pergi cafe. (itu pun nak cerita ka?). Next..
 Cik Maya order burger.. (burger je?)
A'ah..burger je lah, tapi jangan tanya lah berapa bijik Cik Maya telan! hahaha..
Sambil duduk2 tunggu burger CM siap, CM terdengar lah dua orang gadis bersembang kat meja sebelah. (Junior Cik Maya..ngehehe..)

Perbualannye lebih kurang begini:

A : Kau kenal tak Mira (bukan nama sebenar) yang kena rompak hari tu? Aku ternampak dia tadi. cantik lah dia tu! Aku sebelum ni dengar-dengar cerita je, tadi tu Wawa cakap kat aku,itulah budak yang kena rompak tu.
B: Kenallah..Dulu tu budak sekolah aku..Kesian kat dia. Kalau aku yang kena, tak tahu lah macam mana.

A : Kalau aku lah, nangis2 dah lah..Mane tidak nye, pisau kat leher kot..
B : Itu lah, tak sangka jadi macam tu. kalau kat luar, tak lah pelik sangat, tapi dalam kampus..Hmm..entah la 

Cik Maya yang mendengar ternganga..Ini berita gemparrrr kat kampus ni!

Sejurus mengambil burger yang dipesan, Cik Maya berlari ke bilik ( dengan kelajuan hampir sama dengan Ussain Bolt) dan bercerita kepada kawan Cik Maya. Dengan bersemangat Cik Maya bercerita, pasal budak kena rompak tu. Cik Maya pun cerita lah, dalam kampus beb! pisau kat leher...Bajet gempak lah cerita tu kan..
Alih-alih, dengan muka tanpa perasaan, kawan  Cik Maya tu cakap : Aku ingatkan ape lah tadi, cerita awal sem dulu baru kau nak cerita kat aku?

Erkk!! Awal sem ke cerita tu dah tersebar? Makna nya, gadis yang dua orang tadi tu sebenarnya cakap pasal cerita lama lah? Eh, tak? Dia orang puji budak tu lawa lah! Lepas tu, terbukak cerita pasal kes ragut tu. Oh, faham! Cik Maya je lah yang tak tahu??  Teruk kan?

Ingatkan hebat sangat..Selama ni guna Google samapi tembus Hollywood, Bollywood, Tiger Wood..eh? Cerita Bieber clash dengan Selena, sampai Bieber ambik dadah, semua tahu! Tapi....cerita yang jadi dekat environment sendiri, tak ambil kisah pun.. Hmmm...Cik Maya pun segera lah bukak account fb yang kat group kampus. Cari punya cari punya cari punya cari punya cari punya cariiiiii..hah! jumpa pun older post. Tahu lah jugak cerita sebenar walaupun terlambat. Dan daripada komen-komen pada post tu, bukan itu satu-satu nye kes yang terjadi. Ada lagi beberapa kes berlaku. Dah setepek lagi rasa diri ni teruk sangat!

Cik Maya pun fikir, sebab apa? Sebab selama ni duk baca berita online. Bila berita dalam kampus sendiri ni..yang tak publish kat paper, tak tahu..

Tapi bila baca pasal kes-kes kat kampus sendiri ni, rasa nak buat entry jugak nanti pasal cerita tu. In terms of safety mungkin?

Jadi kepada yang membaca (walaupun sedia maklum sape je yang nak baca blog kita ), sehebat mana pun anda peka dengan perkembangan semasa, dalam dan luar negara, jangan sesekali abaikan perkembangan dalam dan luar rumah! :)

3 comments:

  1. salam kunjung semula..
    setiap follower kita memang akan difollow semula, hehe. kawan jomm :D

    ReplyDelete
  2. hehe..boleh2.. yeayy!! terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. Harrah's Resort Atlantic City, NJ - Mapyro
    Get directions, reviews and 세종특별자치 출장마사지 information for Harrah's Resort Atlantic 하남 출장마사지 City, NJ 이천 출장샵 in Atlantic 광주광역 출장샵 City, NJ. Harrah's 파주 출장안마 Casino. Atlantic City, NJ 08401

    ReplyDelete