Blogger Widgets Suara Maya: January 2013

Sunday 27 January 2013

Nyamuk dan Garam

Dulu lengan saya buruk! hahhaa...ape kena Cik Maya ni tak pasal-pasal je ni? Nak mintak sponsor losyen tangan dan badan ke?...ngehehee..
Oh tidak. Saje nak share cara hilangkan kesan gigitan nyamuk. mana dapat? Petua wan (nenek). Baru dapat petang semalam time sapu-sapu sampah belakang rumah wan. Kalau nak tahu (tak nak tahu pun takpe), sepanjang semester Cik Maya selalu masuk hutan sebab tuntutan course Cik Maya memerlukan Cik Maya dan rakan-rakan melakukan fieldtrip ke hutan. Jadi selalu lah dapat buah tangan berupa bintat-bintat dan lovebite daripada Encik Nyamuk (x senonoh betul kelakuan Encik Nyamuk tu)..bukan setakat bintat je, selalu jadi lebam-lebam. Kira kulit I ni sensitif la jugak kan..(haktuii..sumpah gedik!).

haa..mcm ni lah kalau Cik Maya kena gigitan Encik Nyamuk. Tapi ni gambar hiasan. kaki Cik Maya aurat! kui3..
 Bila sapu krim yang beli kat farmasi tu, memang gatal-gatal tu hilang. Tapiii...tinggal parut hitam kat lengan. Buruk nye...uwwaaa..!! Alamak,kantoi! (kuranglah hantaran alamatnye).
Petang tadi, bila wan nampak Cik Maya garu-garu, dia suruh pergi sapu dengan garam. Cik Maya pun teragak-agak jugak. "betul ke?". Tapi cakap dalam hati je lah. Nanti kang kecik hati pulak wan Cik Maya tu kan..haha..

Caranya, ambil 1 sudu garam. Tambah air. Sapu terus ke tempat gigitan Encik Nyamuk.

Wah! Berkesan tau...gatal-gatal tu hilang dan bekas gigitan pun tak de.. :)
Panjang kan intro Cik Maya, tips nye pendek kemetot jek. ahaks! mafkan saye maafkan saye ^^

Friday 11 January 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR)

Hari ni rasa cam ade something tak kena je. Ingatkan terlupa nak wish birthday Dato' Siti Nurhaliza. 
 (gojes kan?)

Tapi dah wish kat twitter pun ade gak something yang rasa2 cam lupa. 
Oh! HKR lah kot...
Nak berhimupun-himpun pulak ke Cik Maya ni?? Ehehe...Semua orang duk sibuk bercakap pasal ni hah. .



Tapi sebenarnye Cik Maya tak tahu apa-apa pun...kakakaa...I mean, dulu adalah pernah terbaca (tahun lepas). Tapi time tu rasa lambat lagi hari kejadiannya. Tup2..eh2, esok lah! Whoah...penangan exam katekan..x ingat hape-hape..Yang Cik Maya ingat, esok ade last two papers to sit for this semester (wish me luck!)

Korang ade yang pergi ke?
Eh..eh..Cik Maya bukan nak ajak..suruh pun tak..larang juga tak..ikut suka korang lah nak naik roket pergi bulan sabit atau bulan penuh. Tak pun nak duk atas dacing ke..Hah, ikutlah. Itu hak masing2.. 
Cik Maya pilih yang mana? Undi adalah rahsia! Dato' CT pun tau cakap 'Biarlah Rahsia'. hew..hew..OK, Cik Maya tak minat. Kang ada pulak yang duk kutuk kata politik ni ada termasuk dalam Islam. Biarlah. Cik Maya ada pandangan dan pendapatan sendiri. Hehe..bajet pakar sangat je bab2 politik ni kan. 

Yelah2... sebenarnye Cik Maya pilih yang ni:
Hah, amacam? Aci tak?? :D

Pada pandangan Cik Maya, disebabkan lumrah tak ada manusia yang sempurna, jadi memang tak dapatlah nak puaskan hati semua pihak. Rasanya, manusia ni, kalau dah ada kat atas, memang adalah salah dan silap yang makin kelihatan. Sebab apa? Sebab makin ramai yang memerhati.

Rasanya kita ni manusia ada betul dan ada salah masing2..Jadi tak payah lah beria sangat nak tuding2 jari.Duk fanatik sesangat..
Ini tidak, duk kutuk2 pihak B, cakap b*d*h, takde otak, dan lain-lain kata-kata yang agak kasar. Lepas tu, pihak B emosional, kate ade ahli A yang dah kutuk ahli B dulu. Lepas tu, keluarlah pulak nama-nama hidupan yang tak berkaitan contohnya beruk, ba**, dan sebagainya. Dah macam budak-budak.



Tengok tu..tengok tu...Budak-budak gaduh, comellah. Dah kalau yang tua-tua nak bergaduhhh... ( sila sambung sendiri). Patutnya kita bina ukhuwah. Ini tidak, bukan setakat tak membina, malahan meruntuhkan lagi hubungan sesama Islam dan sesama manusia. 

Jadi, sesiapa yang pergi perhimpunan tu, buatlah secara aman. Jaga tatasusila. Kita ni hidup dalam negara yang merdeka dah. Jangan kucar-kacirkan negara sendiri.
Pada yang kata tak nak terlibat, duk rumah diam-diam tengok kartun dengan family ye. Jangan kacau diorang tu. Kalau takde yang kacau, memang aman agaknye. Kecuali lah diaorang nak kelahi sesama sendiri pulak.

Nota kaki: Menulis entry ni selepas terbaca status fb kawan yang pung pang pung pangggg bercakap pasal politik. Pada hal bukan hamik sains politik pun. Study lah beb....esok exam.. ^^

Wednesday 9 January 2013

Seperti Katak Bawah Tudung Saji

Hehe...mase bila pulak lah menu Cik Maya ni katak yek...aii aii..nanti cikgu BM marah! Sebenarnye 'seperti katak bawah tempurung' ye kawan2. :)

Kenapa? Haa..ni nk mengutuk diri sendiri lah ni. Nak kutuk2 orang nanti, kena sembur balik. Semalam Cik Maya pergi cafe. (itu pun nak cerita ka?). Next..
 Cik Maya order burger.. (burger je?)
A'ah..burger je lah, tapi jangan tanya lah berapa bijik Cik Maya telan! hahaha..
Sambil duduk2 tunggu burger CM siap, CM terdengar lah dua orang gadis bersembang kat meja sebelah. (Junior Cik Maya..ngehehe..)

Perbualannye lebih kurang begini:

A : Kau kenal tak Mira (bukan nama sebenar) yang kena rompak hari tu? Aku ternampak dia tadi. cantik lah dia tu! Aku sebelum ni dengar-dengar cerita je, tadi tu Wawa cakap kat aku,itulah budak yang kena rompak tu.
B: Kenallah..Dulu tu budak sekolah aku..Kesian kat dia. Kalau aku yang kena, tak tahu lah macam mana.

A : Kalau aku lah, nangis2 dah lah..Mane tidak nye, pisau kat leher kot..
B : Itu lah, tak sangka jadi macam tu. kalau kat luar, tak lah pelik sangat, tapi dalam kampus..Hmm..entah la 

Cik Maya yang mendengar ternganga..Ini berita gemparrrr kat kampus ni!

Sejurus mengambil burger yang dipesan, Cik Maya berlari ke bilik ( dengan kelajuan hampir sama dengan Ussain Bolt) dan bercerita kepada kawan Cik Maya. Dengan bersemangat Cik Maya bercerita, pasal budak kena rompak tu. Cik Maya pun cerita lah, dalam kampus beb! pisau kat leher...Bajet gempak lah cerita tu kan..
Alih-alih, dengan muka tanpa perasaan, kawan  Cik Maya tu cakap : Aku ingatkan ape lah tadi, cerita awal sem dulu baru kau nak cerita kat aku?

Erkk!! Awal sem ke cerita tu dah tersebar? Makna nya, gadis yang dua orang tadi tu sebenarnya cakap pasal cerita lama lah? Eh, tak? Dia orang puji budak tu lawa lah! Lepas tu, terbukak cerita pasal kes ragut tu. Oh, faham! Cik Maya je lah yang tak tahu??  Teruk kan?

Ingatkan hebat sangat..Selama ni guna Google samapi tembus Hollywood, Bollywood, Tiger Wood..eh? Cerita Bieber clash dengan Selena, sampai Bieber ambik dadah, semua tahu! Tapi....cerita yang jadi dekat environment sendiri, tak ambil kisah pun.. Hmmm...Cik Maya pun segera lah bukak account fb yang kat group kampus. Cari punya cari punya cari punya cari punya cari punya cariiiiii..hah! jumpa pun older post. Tahu lah jugak cerita sebenar walaupun terlambat. Dan daripada komen-komen pada post tu, bukan itu satu-satu nye kes yang terjadi. Ada lagi beberapa kes berlaku. Dah setepek lagi rasa diri ni teruk sangat!

Cik Maya pun fikir, sebab apa? Sebab selama ni duk baca berita online. Bila berita dalam kampus sendiri ni..yang tak publish kat paper, tak tahu..

Tapi bila baca pasal kes-kes kat kampus sendiri ni, rasa nak buat entry jugak nanti pasal cerita tu. In terms of safety mungkin?

Jadi kepada yang membaca (walaupun sedia maklum sape je yang nak baca blog kita ), sehebat mana pun anda peka dengan perkembangan semasa, dalam dan luar negara, jangan sesekali abaikan perkembangan dalam dan luar rumah! :)

Tuesday 8 January 2013

Mengorat Rama-Rama

Pagi yang indah. . .

Al-kisah nye pagi tadi Cik Maya duduk-duduk  termenung dan bermalasan kat tepi jendela bilik CM yang sekangkang kera ni. Tiba-tiba ada seekor rama-rama hinggap di tepi jendela CM tu. 

"Wahhh...cantiknya kamu rama-rama" kata CM.

Rama-rama itu pun terseyum sambil hidungnya mengembang tak kuncup-kuncup. (korang mesti nak cakap CM berimaginasi ni). 

CM pun berbual-bual mesralah dengan rama-rama tu tadi sehinggalah rama-rama tu menyatakan kesudian untuk menerima pinangan CM. eh eh...ade ke? 

Lama kelamaan CM pun semakin tertawan dengan kecantikan si rama-rama. Tiba-tiba muncul ingatan CM tentang rama-rama ketika umur CM 6 tahun. Ingatan tu menjelma dalam bentuk awan berkepul-kepul di atas kepala. Alaaa...mcm dlm citer kartun tu..


hehe,..korang semua mesti tertanya-tanya siapakah rakyat jelata yang mendiami negara awan atas kepala CM tu kan?..

Rakyat Awan

Haa..dalam kepulan awan tu, CM nampak muka sorang kawan CM masa kecik-kecik dulu. Masa tu umur CM 6 tahun. Ceritanya, masa CM melaui zaman kanak-kanak dulu, kawan CM tu pernah memberi tips macam mana nak jinakkan rama-rama dan tak bagi rama-rama lari selepas ditangkap. Kira bijak lah kawan CM tu, kecik-kecik lagi dah pandai mengorat rama-rama. Eh2..?? 

Menurut kawan CM tu: kalau dah tangkap rama dan tak nak rama-rama tu lari (pelik jugak macam mana rama-rama berlari)........kita kena tabur bedak atas muka rama-rama tersebut.

Sekonyong-konyong CM teringat tips tu, bayangan awan tu pun hilang...

Ape ke darjahnye aku mengarut nie. . .

haha....korang mesti kompius nak pecaye ke tidak kan?? Tapi CM tak tipu..memang kawan CM pernah cakap macam tu. dan...dan...dan CM memang pernah buat! kaaakakakakaa....

Nak tanye CM tips tu jadi ke tak lettewww...Sebenarnye time tu, memang tips ni menjadi. Banyak kali jugak lah CM mempraktikkan tips ni dan ternyata CM berjaya mencairkan beberapa ekor rama-rama. hehe...(CM senyum sorang-sorang).

Bila CM terjaga dari lamunan tentang kawan CM tu, baru CM perasan rama-rama yang hinggap kat jendela CM tadi dah takde..Alamakk...melepas lah pulak. Agaknye, rama-rama tu nampak kot sejarah kejahatan CM dalam awan tu.

Moral Cerita

Cewwahhh...ade moral jugak rupe nye cerita CM ni. (*_*)
Janganlah kita menganiaya haiwan ye kawan-kawan. Tak baik tau..Nanti haiwan tu tak nak berkawan dengan kita. Tengok macam mana CM ditinggalkan oleh rama-rama disebabkan perbuatan CM dulu..kekeke...

p/s: tips ni bukan untuk diamalkan tau! CM just nak kongsi kekretipan kawan CM tu..Agaknye kalau nak tackle awek, berkesan ke cara tabur bedak kat muka awek tu? hehe...ape kate korang buat praktikal ni? Nanti keputusannya share dengan CM. weee~ chiao! :)

Saturday 5 January 2013

Sarawak...errr..rumah atas pokok??...

Kad Pengenalan

Hmm..nak guna bahasa ongputeh ke...bahasa Melayu ke...bahasa blended yek? Cikk Maya cakap bahasa kita je lah walaupun bukanlah dalam nada formal sangat...dan...bahasa Cik Maya pun kurang ketatabahasaan nye. Pendek kate, kalau SPM ni, memang kosong...kosonggg...kosonggg...lah markah tatabahasa. Tapi tak pe, markah isi ada. Yang penting, korang paham maksud tersurat di dada Cik Maya ni..





Oh ye, sebelum Cik Maya terlupa, ni Cik Maya kenalkan, ayah kesayangan Cik Maya yang garang. Gambar ni semasa Cik Maya berusia 6 tahun. CM kena rotan kerana  mengurut mengorat cucu jiran sebelah. CM redha je lah walaupun ini hanya salah paham. CM bukan nak ngorat sangat budak tu. . .nak test power je time tu. Tapi ayah CM ni nak serius2 pulak... 

Hmm...tapi CM terpikir jugak, kat mane lah gerangan 'si dia' tu sekarang...bila CM balik kampung, nampak atuk dia je. haiiisshhh...bila agak nye dia nak masuk  meminang CM nih..erk!! Mesti dia masih marahkan CM sebab pernah permainkan dia suatu ketika dahulu..Marah lagi pada diriku ini yang selalu kedekut apabila dia ingin bermain dengan patung ultraman ku. kakakakakaa....

Okey, sudah2 lah dengan kad pengenalan yang berjela drpd CM. Mari kita move forward shift to the future where your dream alive...chewwwahhh...!! (pada hal tagline company-company mane entah yang CM hamik tu..kakakakakakaa..)

Huraian dan Isi-Isi Penting

CM ni budak kampung. Lifestyle pun cara kampung. CM tak pernah duduk kat bandar2 besar. Mungkin nanti bila CM dah besar, baru CM layak duduk kat bandar besar.hehehe..

Hmmm...Malaysia ni kecik je sebenarnye. Mungkin rase  besar sebab Sabah dan Sarawak yang dirasakan jauh dan hanya boleh sampai dengan menaiki 'belon'. Haa...Sarawak?? Orang Semenanjung selalu cakap Sarawak mundur. Mesti dalam kepala tu fikir orang Sarawak tak maju, jalan raya buruk, kemudahan tak cukup, mandi air sungai je, dll. Entah2 ada yang still fikir orang Sarawak duduk atas pokok! Jangan nafikan! Sebab CM dengar semua tu sebelum CM berangkat dan mengembara ke sini. 

Sekarang CM tinggal di Bumi Kenyalang atau 'Land of Hornbill'. CM nak bagitahu, semua khabar2 angin tu semuanya tidak benar. Sarawak tidak mundur seperti yang difikirkan dan digambarkan semua orang. In fact, this state is a beautiful and peaceful one. =)

Kadang2 CM terfikir, setiap sesuatu tu ada fungsi dan peranan nye. Macam kita lah, ada yang kaya, ada yang kekurangan. Kalau semua orang jadi bos, siapa yang nak jadi tukang sapu? Macam tu lah juga dengan negeri-negeri di Malaysia ni. Kalau semua nak dibangunkan menjadi kota metropolitan, kat mana lagi kita nak jumpa sumber2 asli? Pada pandangan CM, walaupun Sarawak tak maju mana, still negeri ni tak mundur mana. What's important is, this state has its own uniqueness and speciality. Tak percaya? Come here, visit and enjoy the amazing nature and culture! Those yang selalu duduk dalam 'hutan batu' kat bandar2 besar,mungkin tak tahu. But trust me, nature has an amazing healing power for your soul. Banyak National Park kat sini. Ada experts yang mengatakan Sarawak mempunyai kawasan yang merupakan 'World Richest Biodiversity on the Planet!'. Belum lagi pergi mengembara ke Mulu National Park yang merupakan 'World Largest Cave Chamber'. Nampak tak? Sometimes, there are things that best to be left undisturbed. Sebab ia boleh memainkan peranan yang tempat lain tak boleh buat. =)

In terms of culture, here I would like to share. Ketepikan soal kaum atau bangsa kita. As long as we are living under the same roof, why bother to be so selfish? Live it on our own and just share the happiness. That's the way it should be. Unlike in peninsular, I think Sarawak is the state without majority-minority. WHY? Sebab kat sini Melayu, Iban, China, semua sama ramai. Dan lain2  suku kaum lagi. Seronok tengok masyarakat tempatan masih mengamalkan budaya dan tradisi mereka. Dan dia orang pun bangga dengan apa yang mereka ada, hidup dengan adat dan budaya mereka. Yang mengatakan mereka mundur dan tersisih tu, orang luar! Yang mungkin belum sedar tentang kepentingan mengekalkan 'wajah kitta'. Apalah yang nak dibanggakan sangat dengan pemodenan andai jati diri terhakis bukan? Contoh nya, bila dah moden, pakaian pun  nak moden dan ikut negara moden (lah kononnya...). 

Kesudahan

Jadi apa yang CM nak tekankan kat sini adalah pro dan kontra tentang persepsi masyarakat. Jangan menilai sesuatu yang anda sendiri tak nampak depan mata. Live in peace peeps. =)










Thursday 3 January 2013

Kisah Kasut Sekolah Cik Maya

Kasut di kakiku =)

Hari ni banyak bace kt fesbuk pasal adik-adik dah kembali ke sekolah...Wahhh...Cik Maya yang dah tua kerepot ni rasa teruja bila teringat zaman muda-muda dulu. p/s: Cik Maya bkn lah dah tua sgt, cuma nk jadi pnyedap ayat je td tu...

Beberapa hari sebelum start persekolahan thn 2013 ni, Cik Maya ikutlah ayah dan adik membeli kelengkapan persekolahan...Bonsai Bongsu ler katekan..Jadi, mengade lah sangat sikit..Naik menyampah pulak tengok time tu,nak kasut mahal-mahal bagai...aku rase berbulu je mata aku ni, tengok kerenah dia. Secara spontan aku pun mengusap-usap mata aku yang agak sepet ni. Baru aku perasan, mata aku tumbuh bulu kat bahagian atas tu. Nasib baik tak panjang sangat, kalau tak, kalah bulu kaki mata palsu pelakon EJA tu.hahaha... (eh, eh....gelak sorang pulak)

Time Cik Maya sekolah dolu-dolu, beli kasut besar sikit. Ayah cakap, nanti kamu tu cepat membesar, kena beli kasut baru lagi. Jadi, disebabkan kasut tu BESAR sikit, haaa....kena lah ada cara mcm mana nak pakai..hehehee....agak-agak korang tau tak?

Berikut adalah step-by-step bagaimana ayah Cik Maya mengajar mengatasi masalah kasut terlebih ukuran:

  1. Selongkar almari (cari surat khabar lama)
  2. stretching tangan dan jari (untuk mengoyakkan surat khabar)
  3. Gumpalkan surat khabar yang dikoyakkan tadi
  4. Masukkan dan padatkan ke hujung kasut supaya memenuhi ruangan jari hantu kaki
  5. Try sama ada kasut masih longgar atau ketat. (kalau masih longgar, tambah lagi gumpalan kertas. kalau ketat, buangkan sedikit cebisan kertas)
Haaa....pandai jugak ayah Cik Maya gunakan KBKK beliau..hehe..ILY daddy =p

Teringat pasal kasut sekolah, ingatlah jugak nak kapur kasut. hehe...Rindu zaman tu. Sekarang banyak sekolah dah tetapkan peraturan pelajar berkasut hitam. Sekolah adik Cik Maya tu pun sama. Make-up Maka nya, adik Cik Maya pun, apa lagi. Selagi tak tamat setahun sesi persekolahan, tak mandilah kasut tu alamatnya. Baunya pun perggghhhh....mengalahkan bau budu expired. hahaha...

Ellehhh...korang janganlah nak eeee...eeee...korang pun sama kan? kan....kan..kan?? =D





Warna Hidup

aku

tahun 2012 dah berlalu meninggalkan aku merenung bintang yang berkelip-kelip seperti kunang-kunang. *tak tahu lah kenapa aku mesti tenung bintang.
secara automatik usiaku menginjak 22 tahun. usia yang masih muda kurasa. namun, mengenang kembali episod-episod sepanjang perjalanan hidupku, banyak yang telah berlalu. (kalau burn dlm CD, kalah episod citer Korea). 

kamu

kau keluarga, famili, kawan, rakan, teman, sahabat, kenalan dan manusia sekitar yang menjadi inspirasi dalam hidup. Menjadi warna yang mencorakkan hari-hari bahagia ku. Kamu menjadi sumber aku menilai di mana letaknye diriku.

kita

Walau tiada siapa peduli tentang kisah hidupku, dan aku juga tak wajib harus ambil tahu kisah hidup kamu, aku percaya kisah kita sama. Ada air pasang dan surut, ada turun dah naik, ada jatuh dan bangkit, serta banyak lagi suka duka di atas muka bumi ini. Yang berbeza cuma cara kita menghadapi setiap dugaan dan cabaran yang mendatang.

hidup

Rumah kita di Pluto Bumi ini hanya satu persinggahan. Siapa pun kita di sini, bukan penentu siapa kita di sana. Jadi kehidupan yang indah ini perlu dikongsi bersama. Bukan direbut-rebut untuk mencari siapa paling berkuasa ultraman , paling berpengaruh atau paling kaya pandan. Sebaliknya, yang indah itu, kita nikmati bersama dan yang pahit itu, dihadapi bersama. =)