Blogger Widgets Suara Maya: February 2013

Friday 15 February 2013

Aku dan Fobia

Yuhhuuu...assalamualaikum. selamat sejahtera selamat pagi selamat petang selamat malam selamat itu selamat ini. ^^

uols mesti tahu kan fobia tu adalah ketakutan yang melampau terhadap sesuatu. Entry kali ni Cik Maya nak cerita dan minta pendapat tentang kefobiaan Cik Maya. CM takuttt...errr...blood! acewah! blood tewww...

Mesti ada ramai yang mengalami situasi sama kan? Hmm..Sebenarnya, sejak zaman kanak-kanak lagi, CM tak boleh tengok darah. Kalau main-main dengan kawan, then kawan CM jatuh, berdarah kat lutut, CM yang pulak yang over gila jalan terhincut-hincut balik rumah. Ngilu woii..kah3..sila gelakkan saya ^^

Bila masuk sekolah, belajar menstrual cycle, CM tak boleh duduk dalam kelas. Rasa pening kepala bila dengar cikgu explain. Time tu rasa dah makin teruk. Sebab dengar je pun dah pening-pening.

Lagi satu nak share, adik CM muntah keluar darah sebab gastrik teruk doktor kata. By that time my mum and my dad bercerita dalam kereta pasal adik CM tu lah. Ahhhh...bila dia orang mention that word, terus CM meloya. Adoyaiii...Rasa gelap masa depan! Nak pitam.. :(

Experience lagi best, masa cuti semester lepas, CM ikut parents pergi shopping barang dapur kat Giant, then ternampak cecair merah atas lantai. Opocottt!! Uols percaya tak, mengalir air mata kat situ time tu jugak. Berpeluh satu badan. Dan CM pun berjalan jengket-jengket. Lupa nak cakap, bila nampak darah, CM terasa macam tapak kaki takde kulit. Lucu kan?? tapi memang macam tu.. :(
Tiba-tiba ayah CM cakap "itu pewarna kuku lah". kah3...CM ni memang buat lawak tak berbayar lah haiihh...Cis! Bazir je air mata 20 mililiter. :p

Nasib baiklah darah ansuran tiap-tiap bulan tu CM tak loya lah pulak. Agaknya takut darah segar kot. hahaha

Ermm..CM pernah tanya pada kawan macam mana nak overcome fobia yang semakin lama semakin kronik tu. Kata kawan CM yang juga merupakan seorang medical student ni, jangan terlalu letakkan takut darah tu dalam mindset. CM pun cakap OK! But few days later, CM terbaca tweet dia kat Twitterrrr yang dia loya tengok darah bila buat practical surgery. See...see...see...bakal surgeon punya nasihat tak boleh pakai. ngehehe...

Entry ni CM save banyak kali tahu. Buat sikit-sikit sebab lepas taip satu paragraph pening-pening. Tadi sebelum publish ni, CM google lah gambar bleeding fingers. Konon-konon nak  buat penyeri. Tengok jek, pening kepala. Adus! Oleh itu, nah lah gambo sirap je segelas CM tunjuk kat korang. hahahha. Sengal gila kepala lutut CM ni hah.

kalau terliur sila pergi buat sendiri kat dapur ^^



Jadi, korang semua ada tak nasihat atau cara-cara dan petua nak hilangkan kefobiaan CM ni? Help me! 







Thursday 14 February 2013

Peluh dan Make-up

wuhuhuuu...byk nye sawang kt blog hamba ^^
busy dgn final year project.. uwwwaaaa!!!


Tadi CM pergi mintak nota dengan kawan. Sambil-sambil transfer folder tu, ternampak majalah 'Keluarga' atas meja dia. Edisi keberapa dan tahun bila, Cik Maya tak check lah pulak. Cik Maya pun ambik lah. Belek. Belek. Belek. Belek. Dan belek lagi. Nak cakap kita malas baca lettttewww...bukan malas bace lah. tapi dah ade gambar2 baju2 yang berpesen-pesen je. Nak baca ape, tengok je lah kan. hehe..
Sampai lah ke ruangan petua. Wahhh...ade satu yang menarik perhatian Cik Maya! :)


" Cara Mengatasi Wajah Berpeluh Selepas Make-up "

Siapa ada masalah ni cepat kembangkan hidung! hehehe...
Macam mana macam mana macam mana?? 

Guna ais! :)
haaa..yelah, ais yang uols selalu kunyah kruk-krak kruk-krak tu

First, basuh muka tu bersih-bersih, dan keringkan, macam biasa.
Lepas tu, ambil ketulan ais dan sapukan ke seluruh bahagian muka.
Eh eh ehhh..jangan lap! Biar kering sendiri air-air yang dekat muka tu tau.
Bila dah kering, barulah bersolek macam biasa.

Menurut petua dalam majalah tu, cara ni berkesan selepas beberapa kali amalkannya. Kalau tak hilangkan 100% peluh pun, at least kurangkan lah peluh kat wajah sweet, cute and gorgeous serta cun melecun korang tu. :)
Cik Maya pun baru nak amalkan. Stress uols bila dah mekap-mekap, then berpeluh-peluh kan? Mula lah berminyak-minyak. Selamat mencuba dan selamat bergojes-gojes ye kengkawan!