Blogger Widgets Suara Maya

Wednesday 25 June 2014

DUKA

#hatisaratmenanggungduka

Bilamana aku rindu
Namamu ku seru
Gemanya tidak terlafaz
Cuma berombak di dalam kalbu

Bilamana aku perlu
Ku siulkan syair dulu
Walau alunannya tidak semerdu
Tika kau bersamaku

Tarianmu bersama dia
Umpama asyik menghayati
Tangisku dalam luka
Apa kau tidak melihat
Aku di sini
Atau sengaja kau berpaling
Bimbang terbit simpati?

Dalam payah aku melangkah
Cuba menghapus memori
Namun benar kata mereka
Melupakan insan yang dicintai
Umpama cuba mengingati
Mereka yang tak pernah dikenali





Friday 15 February 2013

Aku dan Fobia

Yuhhuuu...assalamualaikum. selamat sejahtera selamat pagi selamat petang selamat malam selamat itu selamat ini. ^^

uols mesti tahu kan fobia tu adalah ketakutan yang melampau terhadap sesuatu. Entry kali ni Cik Maya nak cerita dan minta pendapat tentang kefobiaan Cik Maya. CM takuttt...errr...blood! acewah! blood tewww...

Mesti ada ramai yang mengalami situasi sama kan? Hmm..Sebenarnya, sejak zaman kanak-kanak lagi, CM tak boleh tengok darah. Kalau main-main dengan kawan, then kawan CM jatuh, berdarah kat lutut, CM yang pulak yang over gila jalan terhincut-hincut balik rumah. Ngilu woii..kah3..sila gelakkan saya ^^

Bila masuk sekolah, belajar menstrual cycle, CM tak boleh duduk dalam kelas. Rasa pening kepala bila dengar cikgu explain. Time tu rasa dah makin teruk. Sebab dengar je pun dah pening-pening.

Lagi satu nak share, adik CM muntah keluar darah sebab gastrik teruk doktor kata. By that time my mum and my dad bercerita dalam kereta pasal adik CM tu lah. Ahhhh...bila dia orang mention that word, terus CM meloya. Adoyaiii...Rasa gelap masa depan! Nak pitam.. :(

Experience lagi best, masa cuti semester lepas, CM ikut parents pergi shopping barang dapur kat Giant, then ternampak cecair merah atas lantai. Opocottt!! Uols percaya tak, mengalir air mata kat situ time tu jugak. Berpeluh satu badan. Dan CM pun berjalan jengket-jengket. Lupa nak cakap, bila nampak darah, CM terasa macam tapak kaki takde kulit. Lucu kan?? tapi memang macam tu.. :(
Tiba-tiba ayah CM cakap "itu pewarna kuku lah". kah3...CM ni memang buat lawak tak berbayar lah haiihh...Cis! Bazir je air mata 20 mililiter. :p

Nasib baiklah darah ansuran tiap-tiap bulan tu CM tak loya lah pulak. Agaknya takut darah segar kot. hahaha

Ermm..CM pernah tanya pada kawan macam mana nak overcome fobia yang semakin lama semakin kronik tu. Kata kawan CM yang juga merupakan seorang medical student ni, jangan terlalu letakkan takut darah tu dalam mindset. CM pun cakap OK! But few days later, CM terbaca tweet dia kat Twitterrrr yang dia loya tengok darah bila buat practical surgery. See...see...see...bakal surgeon punya nasihat tak boleh pakai. ngehehe...

Entry ni CM save banyak kali tahu. Buat sikit-sikit sebab lepas taip satu paragraph pening-pening. Tadi sebelum publish ni, CM google lah gambar bleeding fingers. Konon-konon nak  buat penyeri. Tengok jek, pening kepala. Adus! Oleh itu, nah lah gambo sirap je segelas CM tunjuk kat korang. hahahha. Sengal gila kepala lutut CM ni hah.

kalau terliur sila pergi buat sendiri kat dapur ^^



Jadi, korang semua ada tak nasihat atau cara-cara dan petua nak hilangkan kefobiaan CM ni? Help me! 







Thursday 14 February 2013

Peluh dan Make-up

wuhuhuuu...byk nye sawang kt blog hamba ^^
busy dgn final year project.. uwwwaaaa!!!


Tadi CM pergi mintak nota dengan kawan. Sambil-sambil transfer folder tu, ternampak majalah 'Keluarga' atas meja dia. Edisi keberapa dan tahun bila, Cik Maya tak check lah pulak. Cik Maya pun ambik lah. Belek. Belek. Belek. Belek. Dan belek lagi. Nak cakap kita malas baca lettttewww...bukan malas bace lah. tapi dah ade gambar2 baju2 yang berpesen-pesen je. Nak baca ape, tengok je lah kan. hehe..
Sampai lah ke ruangan petua. Wahhh...ade satu yang menarik perhatian Cik Maya! :)


" Cara Mengatasi Wajah Berpeluh Selepas Make-up "

Siapa ada masalah ni cepat kembangkan hidung! hehehe...
Macam mana macam mana macam mana?? 

Guna ais! :)
haaa..yelah, ais yang uols selalu kunyah kruk-krak kruk-krak tu

First, basuh muka tu bersih-bersih, dan keringkan, macam biasa.
Lepas tu, ambil ketulan ais dan sapukan ke seluruh bahagian muka.
Eh eh ehhh..jangan lap! Biar kering sendiri air-air yang dekat muka tu tau.
Bila dah kering, barulah bersolek macam biasa.

Menurut petua dalam majalah tu, cara ni berkesan selepas beberapa kali amalkannya. Kalau tak hilangkan 100% peluh pun, at least kurangkan lah peluh kat wajah sweet, cute and gorgeous serta cun melecun korang tu. :)
Cik Maya pun baru nak amalkan. Stress uols bila dah mekap-mekap, then berpeluh-peluh kan? Mula lah berminyak-minyak. Selamat mencuba dan selamat bergojes-gojes ye kengkawan! 





Sunday 27 January 2013

Nyamuk dan Garam

Dulu lengan saya buruk! hahhaa...ape kena Cik Maya ni tak pasal-pasal je ni? Nak mintak sponsor losyen tangan dan badan ke?...ngehehee..
Oh tidak. Saje nak share cara hilangkan kesan gigitan nyamuk. mana dapat? Petua wan (nenek). Baru dapat petang semalam time sapu-sapu sampah belakang rumah wan. Kalau nak tahu (tak nak tahu pun takpe), sepanjang semester Cik Maya selalu masuk hutan sebab tuntutan course Cik Maya memerlukan Cik Maya dan rakan-rakan melakukan fieldtrip ke hutan. Jadi selalu lah dapat buah tangan berupa bintat-bintat dan lovebite daripada Encik Nyamuk (x senonoh betul kelakuan Encik Nyamuk tu)..bukan setakat bintat je, selalu jadi lebam-lebam. Kira kulit I ni sensitif la jugak kan..(haktuii..sumpah gedik!).

haa..mcm ni lah kalau Cik Maya kena gigitan Encik Nyamuk. Tapi ni gambar hiasan. kaki Cik Maya aurat! kui3..
 Bila sapu krim yang beli kat farmasi tu, memang gatal-gatal tu hilang. Tapiii...tinggal parut hitam kat lengan. Buruk nye...uwwaaa..!! Alamak,kantoi! (kuranglah hantaran alamatnye).
Petang tadi, bila wan nampak Cik Maya garu-garu, dia suruh pergi sapu dengan garam. Cik Maya pun teragak-agak jugak. "betul ke?". Tapi cakap dalam hati je lah. Nanti kang kecik hati pulak wan Cik Maya tu kan..haha..

Caranya, ambil 1 sudu garam. Tambah air. Sapu terus ke tempat gigitan Encik Nyamuk.

Wah! Berkesan tau...gatal-gatal tu hilang dan bekas gigitan pun tak de.. :)
Panjang kan intro Cik Maya, tips nye pendek kemetot jek. ahaks! mafkan saye maafkan saye ^^

Friday 11 January 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR)

Hari ni rasa cam ade something tak kena je. Ingatkan terlupa nak wish birthday Dato' Siti Nurhaliza. 
 (gojes kan?)

Tapi dah wish kat twitter pun ade gak something yang rasa2 cam lupa. 
Oh! HKR lah kot...
Nak berhimupun-himpun pulak ke Cik Maya ni?? Ehehe...Semua orang duk sibuk bercakap pasal ni hah. .



Tapi sebenarnye Cik Maya tak tahu apa-apa pun...kakakaa...I mean, dulu adalah pernah terbaca (tahun lepas). Tapi time tu rasa lambat lagi hari kejadiannya. Tup2..eh2, esok lah! Whoah...penangan exam katekan..x ingat hape-hape..Yang Cik Maya ingat, esok ade last two papers to sit for this semester (wish me luck!)

Korang ade yang pergi ke?
Eh..eh..Cik Maya bukan nak ajak..suruh pun tak..larang juga tak..ikut suka korang lah nak naik roket pergi bulan sabit atau bulan penuh. Tak pun nak duk atas dacing ke..Hah, ikutlah. Itu hak masing2.. 
Cik Maya pilih yang mana? Undi adalah rahsia! Dato' CT pun tau cakap 'Biarlah Rahsia'. hew..hew..OK, Cik Maya tak minat. Kang ada pulak yang duk kutuk kata politik ni ada termasuk dalam Islam. Biarlah. Cik Maya ada pandangan dan pendapatan sendiri. Hehe..bajet pakar sangat je bab2 politik ni kan. 

Yelah2... sebenarnye Cik Maya pilih yang ni:
Hah, amacam? Aci tak?? :D

Pada pandangan Cik Maya, disebabkan lumrah tak ada manusia yang sempurna, jadi memang tak dapatlah nak puaskan hati semua pihak. Rasanya, manusia ni, kalau dah ada kat atas, memang adalah salah dan silap yang makin kelihatan. Sebab apa? Sebab makin ramai yang memerhati.

Rasanya kita ni manusia ada betul dan ada salah masing2..Jadi tak payah lah beria sangat nak tuding2 jari.Duk fanatik sesangat..
Ini tidak, duk kutuk2 pihak B, cakap b*d*h, takde otak, dan lain-lain kata-kata yang agak kasar. Lepas tu, pihak B emosional, kate ade ahli A yang dah kutuk ahli B dulu. Lepas tu, keluarlah pulak nama-nama hidupan yang tak berkaitan contohnya beruk, ba**, dan sebagainya. Dah macam budak-budak.



Tengok tu..tengok tu...Budak-budak gaduh, comellah. Dah kalau yang tua-tua nak bergaduhhh... ( sila sambung sendiri). Patutnya kita bina ukhuwah. Ini tidak, bukan setakat tak membina, malahan meruntuhkan lagi hubungan sesama Islam dan sesama manusia. 

Jadi, sesiapa yang pergi perhimpunan tu, buatlah secara aman. Jaga tatasusila. Kita ni hidup dalam negara yang merdeka dah. Jangan kucar-kacirkan negara sendiri.
Pada yang kata tak nak terlibat, duk rumah diam-diam tengok kartun dengan family ye. Jangan kacau diorang tu. Kalau takde yang kacau, memang aman agaknye. Kecuali lah diaorang nak kelahi sesama sendiri pulak.

Nota kaki: Menulis entry ni selepas terbaca status fb kawan yang pung pang pung pangggg bercakap pasal politik. Pada hal bukan hamik sains politik pun. Study lah beb....esok exam.. ^^