Blogger Widgets Suara Maya: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR)

Friday 11 January 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR)

Hari ni rasa cam ade something tak kena je. Ingatkan terlupa nak wish birthday Dato' Siti Nurhaliza. 
 (gojes kan?)

Tapi dah wish kat twitter pun ade gak something yang rasa2 cam lupa. 
Oh! HKR lah kot...
Nak berhimupun-himpun pulak ke Cik Maya ni?? Ehehe...Semua orang duk sibuk bercakap pasal ni hah. .



Tapi sebenarnye Cik Maya tak tahu apa-apa pun...kakakaa...I mean, dulu adalah pernah terbaca (tahun lepas). Tapi time tu rasa lambat lagi hari kejadiannya. Tup2..eh2, esok lah! Whoah...penangan exam katekan..x ingat hape-hape..Yang Cik Maya ingat, esok ade last two papers to sit for this semester (wish me luck!)

Korang ade yang pergi ke?
Eh..eh..Cik Maya bukan nak ajak..suruh pun tak..larang juga tak..ikut suka korang lah nak naik roket pergi bulan sabit atau bulan penuh. Tak pun nak duk atas dacing ke..Hah, ikutlah. Itu hak masing2.. 
Cik Maya pilih yang mana? Undi adalah rahsia! Dato' CT pun tau cakap 'Biarlah Rahsia'. hew..hew..OK, Cik Maya tak minat. Kang ada pulak yang duk kutuk kata politik ni ada termasuk dalam Islam. Biarlah. Cik Maya ada pandangan dan pendapatan sendiri. Hehe..bajet pakar sangat je bab2 politik ni kan. 

Yelah2... sebenarnye Cik Maya pilih yang ni:
Hah, amacam? Aci tak?? :D

Pada pandangan Cik Maya, disebabkan lumrah tak ada manusia yang sempurna, jadi memang tak dapatlah nak puaskan hati semua pihak. Rasanya, manusia ni, kalau dah ada kat atas, memang adalah salah dan silap yang makin kelihatan. Sebab apa? Sebab makin ramai yang memerhati.

Rasanya kita ni manusia ada betul dan ada salah masing2..Jadi tak payah lah beria sangat nak tuding2 jari.Duk fanatik sesangat..
Ini tidak, duk kutuk2 pihak B, cakap b*d*h, takde otak, dan lain-lain kata-kata yang agak kasar. Lepas tu, pihak B emosional, kate ade ahli A yang dah kutuk ahli B dulu. Lepas tu, keluarlah pulak nama-nama hidupan yang tak berkaitan contohnya beruk, ba**, dan sebagainya. Dah macam budak-budak.



Tengok tu..tengok tu...Budak-budak gaduh, comellah. Dah kalau yang tua-tua nak bergaduhhh... ( sila sambung sendiri). Patutnya kita bina ukhuwah. Ini tidak, bukan setakat tak membina, malahan meruntuhkan lagi hubungan sesama Islam dan sesama manusia. 

Jadi, sesiapa yang pergi perhimpunan tu, buatlah secara aman. Jaga tatasusila. Kita ni hidup dalam negara yang merdeka dah. Jangan kucar-kacirkan negara sendiri.
Pada yang kata tak nak terlibat, duk rumah diam-diam tengok kartun dengan family ye. Jangan kacau diorang tu. Kalau takde yang kacau, memang aman agaknye. Kecuali lah diaorang nak kelahi sesama sendiri pulak.

Nota kaki: Menulis entry ni selepas terbaca status fb kawan yang pung pang pung pangggg bercakap pasal politik. Pada hal bukan hamik sains politik pun. Study lah beb....esok exam.. ^^

No comments:

Post a Comment