Blogger Widgets Suara Maya: Mengorat Rama-Rama

Tuesday, 8 January 2013

Mengorat Rama-Rama

Pagi yang indah. . .

Al-kisah nye pagi tadi Cik Maya duduk-duduk  termenung dan bermalasan kat tepi jendela bilik CM yang sekangkang kera ni. Tiba-tiba ada seekor rama-rama hinggap di tepi jendela CM tu. 

"Wahhh...cantiknya kamu rama-rama" kata CM.

Rama-rama itu pun terseyum sambil hidungnya mengembang tak kuncup-kuncup. (korang mesti nak cakap CM berimaginasi ni). 

CM pun berbual-bual mesralah dengan rama-rama tu tadi sehinggalah rama-rama tu menyatakan kesudian untuk menerima pinangan CM. eh eh...ade ke? 

Lama kelamaan CM pun semakin tertawan dengan kecantikan si rama-rama. Tiba-tiba muncul ingatan CM tentang rama-rama ketika umur CM 6 tahun. Ingatan tu menjelma dalam bentuk awan berkepul-kepul di atas kepala. Alaaa...mcm dlm citer kartun tu..


hehe,..korang semua mesti tertanya-tanya siapakah rakyat jelata yang mendiami negara awan atas kepala CM tu kan?..

Rakyat Awan

Haa..dalam kepulan awan tu, CM nampak muka sorang kawan CM masa kecik-kecik dulu. Masa tu umur CM 6 tahun. Ceritanya, masa CM melaui zaman kanak-kanak dulu, kawan CM tu pernah memberi tips macam mana nak jinakkan rama-rama dan tak bagi rama-rama lari selepas ditangkap. Kira bijak lah kawan CM tu, kecik-kecik lagi dah pandai mengorat rama-rama. Eh2..?? 

Menurut kawan CM tu: kalau dah tangkap rama dan tak nak rama-rama tu lari (pelik jugak macam mana rama-rama berlari)........kita kena tabur bedak atas muka rama-rama tersebut.

Sekonyong-konyong CM teringat tips tu, bayangan awan tu pun hilang...

Ape ke darjahnye aku mengarut nie. . .

haha....korang mesti kompius nak pecaye ke tidak kan?? Tapi CM tak tipu..memang kawan CM pernah cakap macam tu. dan...dan...dan CM memang pernah buat! kaaakakakakaa....

Nak tanye CM tips tu jadi ke tak lettewww...Sebenarnye time tu, memang tips ni menjadi. Banyak kali jugak lah CM mempraktikkan tips ni dan ternyata CM berjaya mencairkan beberapa ekor rama-rama. hehe...(CM senyum sorang-sorang).

Bila CM terjaga dari lamunan tentang kawan CM tu, baru CM perasan rama-rama yang hinggap kat jendela CM tadi dah takde..Alamakk...melepas lah pulak. Agaknye, rama-rama tu nampak kot sejarah kejahatan CM dalam awan tu.

Moral Cerita

Cewwahhh...ade moral jugak rupe nye cerita CM ni. (*_*)
Janganlah kita menganiaya haiwan ye kawan-kawan. Tak baik tau..Nanti haiwan tu tak nak berkawan dengan kita. Tengok macam mana CM ditinggalkan oleh rama-rama disebabkan perbuatan CM dulu..kekeke...

p/s: tips ni bukan untuk diamalkan tau! CM just nak kongsi kekretipan kawan CM tu..Agaknye kalau nak tackle awek, berkesan ke cara tabur bedak kat muka awek tu? hehe...ape kate korang buat praktikal ni? Nanti keputusannya share dengan CM. weee~ chiao! :)

2 comments:

  1. xpernah dengar plak pasal ni.. umur 6 thun cakap kawan semua btol :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi lah percaya sebab kawan tu ckp " ayah sye doktor, sye tahu lah"
      ape kaitan doktor dgn rama2 pun xtau lah pulak. ^_^

      Delete