Blogger Widgets Suara Maya: Sarawak...errr..rumah atas pokok??...

Saturday 5 January 2013

Sarawak...errr..rumah atas pokok??...

Kad Pengenalan

Hmm..nak guna bahasa ongputeh ke...bahasa Melayu ke...bahasa blended yek? Cikk Maya cakap bahasa kita je lah walaupun bukanlah dalam nada formal sangat...dan...bahasa Cik Maya pun kurang ketatabahasaan nye. Pendek kate, kalau SPM ni, memang kosong...kosonggg...kosonggg...lah markah tatabahasa. Tapi tak pe, markah isi ada. Yang penting, korang paham maksud tersurat di dada Cik Maya ni..





Oh ye, sebelum Cik Maya terlupa, ni Cik Maya kenalkan, ayah kesayangan Cik Maya yang garang. Gambar ni semasa Cik Maya berusia 6 tahun. CM kena rotan kerana  mengurut mengorat cucu jiran sebelah. CM redha je lah walaupun ini hanya salah paham. CM bukan nak ngorat sangat budak tu. . .nak test power je time tu. Tapi ayah CM ni nak serius2 pulak... 

Hmm...tapi CM terpikir jugak, kat mane lah gerangan 'si dia' tu sekarang...bila CM balik kampung, nampak atuk dia je. haiiisshhh...bila agak nye dia nak masuk  meminang CM nih..erk!! Mesti dia masih marahkan CM sebab pernah permainkan dia suatu ketika dahulu..Marah lagi pada diriku ini yang selalu kedekut apabila dia ingin bermain dengan patung ultraman ku. kakakakakaa....

Okey, sudah2 lah dengan kad pengenalan yang berjela drpd CM. Mari kita move forward shift to the future where your dream alive...chewwwahhh...!! (pada hal tagline company-company mane entah yang CM hamik tu..kakakakakakaa..)

Huraian dan Isi-Isi Penting

CM ni budak kampung. Lifestyle pun cara kampung. CM tak pernah duduk kat bandar2 besar. Mungkin nanti bila CM dah besar, baru CM layak duduk kat bandar besar.hehehe..

Hmmm...Malaysia ni kecik je sebenarnye. Mungkin rase  besar sebab Sabah dan Sarawak yang dirasakan jauh dan hanya boleh sampai dengan menaiki 'belon'. Haa...Sarawak?? Orang Semenanjung selalu cakap Sarawak mundur. Mesti dalam kepala tu fikir orang Sarawak tak maju, jalan raya buruk, kemudahan tak cukup, mandi air sungai je, dll. Entah2 ada yang still fikir orang Sarawak duduk atas pokok! Jangan nafikan! Sebab CM dengar semua tu sebelum CM berangkat dan mengembara ke sini. 

Sekarang CM tinggal di Bumi Kenyalang atau 'Land of Hornbill'. CM nak bagitahu, semua khabar2 angin tu semuanya tidak benar. Sarawak tidak mundur seperti yang difikirkan dan digambarkan semua orang. In fact, this state is a beautiful and peaceful one. =)

Kadang2 CM terfikir, setiap sesuatu tu ada fungsi dan peranan nye. Macam kita lah, ada yang kaya, ada yang kekurangan. Kalau semua orang jadi bos, siapa yang nak jadi tukang sapu? Macam tu lah juga dengan negeri-negeri di Malaysia ni. Kalau semua nak dibangunkan menjadi kota metropolitan, kat mana lagi kita nak jumpa sumber2 asli? Pada pandangan CM, walaupun Sarawak tak maju mana, still negeri ni tak mundur mana. What's important is, this state has its own uniqueness and speciality. Tak percaya? Come here, visit and enjoy the amazing nature and culture! Those yang selalu duduk dalam 'hutan batu' kat bandar2 besar,mungkin tak tahu. But trust me, nature has an amazing healing power for your soul. Banyak National Park kat sini. Ada experts yang mengatakan Sarawak mempunyai kawasan yang merupakan 'World Richest Biodiversity on the Planet!'. Belum lagi pergi mengembara ke Mulu National Park yang merupakan 'World Largest Cave Chamber'. Nampak tak? Sometimes, there are things that best to be left undisturbed. Sebab ia boleh memainkan peranan yang tempat lain tak boleh buat. =)

In terms of culture, here I would like to share. Ketepikan soal kaum atau bangsa kita. As long as we are living under the same roof, why bother to be so selfish? Live it on our own and just share the happiness. That's the way it should be. Unlike in peninsular, I think Sarawak is the state without majority-minority. WHY? Sebab kat sini Melayu, Iban, China, semua sama ramai. Dan lain2  suku kaum lagi. Seronok tengok masyarakat tempatan masih mengamalkan budaya dan tradisi mereka. Dan dia orang pun bangga dengan apa yang mereka ada, hidup dengan adat dan budaya mereka. Yang mengatakan mereka mundur dan tersisih tu, orang luar! Yang mungkin belum sedar tentang kepentingan mengekalkan 'wajah kitta'. Apalah yang nak dibanggakan sangat dengan pemodenan andai jati diri terhakis bukan? Contoh nya, bila dah moden, pakaian pun  nak moden dan ikut negara moden (lah kononnya...). 

Kesudahan

Jadi apa yang CM nak tekankan kat sini adalah pro dan kontra tentang persepsi masyarakat. Jangan menilai sesuatu yang anda sendiri tak nampak depan mata. Live in peace peeps. =)










1 comment:

  1. betul-betul ! sokong entri ni... kita tak boleh cakap ape-ape sebelum kita tak nampak sendiri dgan mata kita kan ? ehehh =D

    ReplyDelete